Seusianya menjangkau satu tahun tiga bulan, Muhammad Lutfi telah boleh menyebut emak dan abah dengan lancar tapi atok nenek belum boleh lagi . Apa saja yang orang dewasa makan dia pasti meminta untuk cuba merasa tapi kenalah memberi sesuatu makanan yang sesuai untuknya.Dia boleh makan sendiri yang adakalanya dia tidak mahu disuap tapi seboleh mungkin mahu makan sendiri ,separuh tumpah kelantai sedikit sangat yang masuk kemulut. Minat pada sukan bola sepak sudah mula terserlah dari usia setahun jagung, apatah lagi ada seseorang yang sanggup melayannya bermain.
No comments:
Post a Comment