|
diatas tangga rumah aruah pak cik Rahman dan isteri. di Repuh Kangar Perlis 1976 semasa Latihan Mengajar di SMV Kangar bersama Salmah, JunaidiChe Ngah, Yunus Yusak dan aruah Khalid Ramli |
|
May 1988 di Stesyen Komuter Perth Western Australia balik dari kelas di Perth Technical College. Look East Programme KPM. |
|
Staff SMV Taiping 1978 bersama Pengetua Encik Shaharudin. kawan yang telah meninggal dunia, Pn.Maznah,En. Ghani Yolhamid .. |
|
merayau dengan budak-budak kg Pinang di dusun Tanjung Belanja Parit Perak 1979 |
|
Budak-budak Kg Pinang Kamal ,Zainal ,Azmi Nin, Azmi Ahmad dan YunusYusak group ambil STP 1978,1979,1980. |
|
Rumah sewa di Jalan Tembuk ,Kg Pinang Kamunting Taiping 1978, basikal ku yang berjasa kesana kemari.. |
|
Azmi Nin,Azmi Ahmad Azidin RISDA, ? dan Zainal Md Desa 1978. |
|
berkubang di air terjun Kg Jana sebelum memetik daun salang untuk masak lemak cili api. |
Aku menempuh alam penghidupan, seorang bujang terang tang tang, di perantauan jauh dari emak bapak. Mungkin aku seorang seniman ,jika dilihat dari sudut minat ku terhadap bidang seni. Aku meminati seni lukis, seni muzik dan seni foto. Aku tidak berpeluang mendalami minat ku itu keperingkat lebih tinggi atau minat mendalam. Aku tewas dengan kemampuan yang ada dengan keinginan yang membara. Aku ketepikan dahulu apa saja minatku cuma sekadar angan-angan kosong yang belum pasti tercapai atau tidak suatu masa nanti. Aku bukan dari keluarga yang senang mudah mendapat apa saja yang ku hajati. Jauh sekali untuk meminta. Ku simpan di sudut hati ,suatu hari nanti aku akan dapat juga. Tidak berani juga mendedahkan rahsia dihati kepada sesiapa apa yang ku minati secara terbuka. Mungkin dulu aku dapat pendorong atau penyokong kuat ,sudah pasti aku menjadi pelukis terkenal, pemain muzik profesional atau juru foto tersohor. Cukuplah sekadar aku boleh melukis, aku boleh bermain muzik sedikit dan mengambil gambar sesuka hati tanpa batasan minat.Seorang yang berjiwa seni mungkin tidak suka kebisingan . Suka hidup bersendirian jauh dari kesibukan. Usaha untuk mendapatkan sebuah rumah untuk didiami yang tidak berapa jauh dari sekolah ku mengajar ,iaitu SMV Kamunting,Taiping akhirnya tercapai. Sebuah rumah satu bilik, berkembar dengan tuan punya rumah di Jalan Tembuk, Kampung Pinang. Sewanya rm50 termasuk api air dibayar oleh pemiliknya. Sesuailah dengan aku sebagai seorang guru sandaran T2 yang gaji pokok masa itu RM370 selepas tamat Latihan Perguruan tiga tahun di TTTKL 1975/1977 kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara. Cukuplah sekadar menempuh hari-hari terdekat mampu memenuhi keperluan hidup bujang di perantauan. Tinggallah aku buat beberapa lama dirumah kampung yang penuh sederhana beralaskan tikar dan aku berbasikal kesekolah sebagai seorang guru masa itu,sesuai dengan keadaan ekonomi masa itu. Hidup bujang ku tidak kesunyian setelah beberapa ketika bermula pertemuan berjemaah bersama di Surau Kampung Pinang dengan budak-budak bujang kampung. Hari demi hari kemesraan terjalin jadilah kami sahabat baik yang tiap tahun tidak jemu jemu menduduki peperiksaan STP. Selama tiga tahun aku cuba menebus kegagalan silamku bersama budak bujang Kampung Pinang merupakan tahun terakhir bujangku, akhirnya aku berjaya memperolehi Sijil Penuh STP dan tahun 1980 aku layak bertukar kategori yang baru C1.Tahun bertuah bagi aku , setelah habis peperiksaan STP (Sijil Tunggu Perkahwinan) aku pun mendirikan rumahtangga dan tamatlah zaman bujangku di Kampung Pinang.Isteriku seorang surirumah tangga sepenuh masa. Selama lapan tahun merantau di Taiping sehingga mendapat dua orang cahaya mata aku bertukar ke SMV Klang meneruskan penghidupan secara sederhana. Pada tahun 1988 aku telah ditawarkan tempat di UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur mengikuti Ijazah Teknologi Pendidikan Tahun 2 tetapi aku tidak dapat mendaftar masuk. Kebetulan aku sudah berada di bumi Australia Barat mengikuti kursus Advanced Refrigeration & Air Conditioning di Perth Technical College bersama Curtin Univ. Tinggal begitu sajalah tawaran baik yang diterima kerana aku telah menandatangani kontrak 2 tahun dan tawaran ku itu pula tidak dapat ditangguhkan. Sekem baliku dari Western Australia sempat aku bertemu sahabat baik sebengkel dan jiran sebelah rumah yang baru dibelinya, terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saudara Khalid Ramli meninggal dunia pada 25 disember 1988 dan dikebumikan di Kampung Biak,Kampung Gajah Perak.
walaupun sudah 30 tahun berlalu rasanya baru semalam saja..
ReplyDeletehebat tuan syabas
DeleteIbu bapa telah menunjukkan yang terbaik contoh dan tauladan kepada anak-anak menimbang dan menilai mana yang baik.
ReplyDelete