Friday, October 7, 2011

BUKANNYA SENANG NAK SENANG

Walaupun kita ibarat singgah sebentar di perhentian buat seketika yang kita sendiri tidak tahu berapa lama dijanjikan. Kesempatan yang ada itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin penuh manafaat mengumpulkan bekalan  sebanyak mungkin yang mampu dengan keupayaan masing-masing. Kita diberi peluang merencana dan membuat pilihan sendiri iaitu mempelolehi kesenangan dunia dan akhirat atau kesenangan didunia semata dan akhirat belakang kira penuh derita dan sengsara yang tak pasti lagi pada anggapan fikiran manusia yang penuh hawa nafsu.Kita tidak boleh berserah pada nasib semata. Rezki memang kurniaan Ilahi, ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Memadaikah kita sekadar menadah tangan dan membuka mulut untuk mendapat suapan. Semuanya perlu usaha. Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jikalau tiada usaha mereka mengubahnya sendiri. Begitujuga kalau rezki secupak tidak akan menjadi segantang kalau tiada usaha menambahnya tak akan berubah.
Sejak dari usia muda lagi ,seusia 10 tahun sudah mula membanting tulang dengan kerja-kerja menebas kebun kelapa menggunakan parang panjang bersaiz kecil tapi mampu mencantas rumput-rumput panjang hingga keparas pusat. Mengumpulkan kelapa yang dikait bertaburan,dikira berapa jumlahnya,dilonggokkan setempat untuk memudahkan tukang kopek kelapa dengan kerjanya,membantu bapa seorang pengait kelapa pada masa itu. Duit ringgit ,sekadar siling 50sen mencukupi buat belanja sekolah,itupun sudah dikira lumayan sangat.














Kita melihat kawan-kawan kita hidup senang dan mewah padahal mereka itu sama macam kita juga punya sifat kurniaan Ilahi yang tiada beza. Cuba kita tanya macam mana mereka memperolehi segalanya itu, sedangkan kita Tuhan tak bagi kelebihan rezki macam mereka. Mungkin mereka rajin belajar dan bersungguh-sungguh hingga berjaya keperingkat yang paling tinggi , belajar diuniversiti ,diluarnegeri hingga ada degree, master dan doktor maka layaklah mereka menjawat jawatan tertinggi dan boleh menjadi menteri. Sedangkan kita berbasikal dan motorsikal kerana dulu kita lalai dan malas kesekolah dan suka ponteng dan tidak memberi perhatian pada pelajaran,itulah selayaknya kita hari ini. Begitujuga kawan-kawan kita yang kaya hidup mewah berkereta besar mereka pun berusaha menjadi pengusaha, peniaga dan apa saja cara yang bolehmendatangkan sumber rezki yang melempah ruah, bukan hanya berserah pada nasib atau takdir yang menentukan. Semuanya perlu berusaha disamping berserah kepada Ilahi yang menentukan, hidup mati dan rezki kita didunia ini. Bukanya senang bermakna perlu usaha dan pengorbanan segi masa, tenaga juga wang ringgit untuk memperolehi kesenangan . Bila segalanya telah dilakukan barulah kita memperolehi kesenangan untuk didunia yang sementara sebelum kita meneruskan perjalanan kedunia lebih kekal diakhirat insyaallah. Bukan senang nak senang didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment