Monday, November 28, 2011
LUTFI SUDAH PANDAI MAKAN DAN MAIN BOLA
Monday, November 14, 2011
MENYEDIAKAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA
Rumah merupakan satu keperluan untuk hidup di dunia ini. Menjadi satu tanggungjawab penting untuk ketua keluarga mendapatkan sebuah tempat yang semampunya menyediakan mengikut pendapatan bulanan yang diperolehinya. Kalau berpangkat bos, pengarah, pengurus atau pegawai division one semestinya rumah banglow atau kondominium mewah ratusan ribu atau jutaan rm mampu di beli dan memiliki sementara mereka berpendapatan sederhana dan pegawai rendah semestinya mengukur mengikut ukuran saiz diri sendiri apatah lagi slipgaji bulanan atau penyata cukai pendapatan tahunan penentu kelayakan pinjaman perumahan boleh dimiliki dan didiami.
Penjawat awam merupakan kakitangan kerajaan ada had limit yang boleh diluluskan untuk membeli hartanah secara individu atau perkongsian bersama pasangan suami isteri yang sama bekerja. Pekerja swasta pula bergantung kepada kelayakan pinjaman di bank-bank atau syarikat pinjaman kewangan yang berbagai menawarkan kemudahan. Bagi suami yang bekerja sementara isteri tidak bekerja menjadi satu cabaran dan bebanan yang sangat berat untuk ditanggung dalam situasi yang sangat genting yang perlu ditempuh sepanjang penghidupan berkeluarga. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diurus dengan baik tidak boleh lari dari pelbagai kemungkinan menunggu dihadapan.
Tempuh yang begitu lama 25 tahun hingga 30 tahun perlu ditempuh penuh ranjau berduri yang dilalui tanpa rasa simpati pada diri peminjamnya walau ditinpa musibah ansuran bulan tetap diteruskan kecuali umur tak panjang, tinggallah hutang ditanggung oleh pihak insuran nyawa menyelesaikan hutang piutang yang pewaris memang pasti tidak mampu menanggungnya.Bukan mudah untuk memiliki sebuah rumah ,hanya mereka yang pernah menanggung bebanan hutang rumah yang beribu-ribu penuh kesabaran menghadapai dugaan hidup untuk meneruskan penghidupan keluarga. Bersyukurlah jika anda ada rumah sendiri yang dimiliki dan peliharalah dengan baik dan dijaga selalu untuk kebahagiaan rumah tangga merupakan tanggungjawab berterusan sehingga akhir hayat dan nafas terakhir.
semua kerja mampu dibuat dengan pengalaman tapi faktor usia dan tenaga serta kesihatan membatasi kehendak. |
kemudahan peralatan kerja besi masih boleh digunakan walau sudah menjangkau 20 tahun lebih usianya |
apa saja benda atau alat yang dimiliki dan dijaga serta disimpan dengan baik boleh bertahan lama |
pisang sesikat dinaik taraf tambahan bajet. |
sapa pun boleh bertukang walaupun latarbelakang sekolah agama, sekolah teknik agro tech dan industrial chemistry UITM .. |
perubahan dibuat usaha sendiri 6 tahun berlalu |
kerja besi, welding grild dan awning boleh buat sendiri menjimatkan kos |
awning ,grild welding dan spray painting kereta sampingan |
Tempuh yang begitu lama 25 tahun hingga 30 tahun perlu ditempuh penuh ranjau berduri yang dilalui tanpa rasa simpati pada diri peminjamnya walau ditinpa musibah ansuran bulan tetap diteruskan kecuali umur tak panjang, tinggallah hutang ditanggung oleh pihak insuran nyawa menyelesaikan hutang piutang yang pewaris memang pasti tidak mampu menanggungnya.Bukan mudah untuk memiliki sebuah rumah ,hanya mereka yang pernah menanggung bebanan hutang rumah yang beribu-ribu penuh kesabaran menghadapai dugaan hidup untuk meneruskan penghidupan keluarga. Bersyukurlah jika anda ada rumah sendiri yang dimiliki dan peliharalah dengan baik dan dijaga selalu untuk kebahagiaan rumah tangga merupakan tanggungjawab berterusan sehingga akhir hayat dan nafas terakhir.
Subscribe to:
Posts (Atom)