Monday, November 28, 2011

LUTFI SUDAH PANDAI MAKAN DAN MAIN BOLA

Seusianya menjangkau satu tahun tiga bulan, Muhammad Lutfi telah boleh menyebut emak dan abah dengan lancar tapi atok nenek belum boleh lagi . Apa saja yang orang dewasa makan dia pasti meminta untuk cuba merasa tapi kenalah memberi sesuatu makanan yang sesuai untuknya.Dia boleh makan sendiri yang adakalanya dia tidak mahu disuap tapi seboleh mungkin mahu makan sendiri ,separuh tumpah kelantai sedikit sangat yang masuk kemulut. Minat pada sukan bola sepak sudah mula terserlah dari usia setahun jagung, apatah lagi ada seseorang yang sanggup melayannya bermain.

Monday, November 14, 2011

MENYEDIAKAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA

Rumah merupakan satu keperluan untuk hidup di dunia ini. Menjadi satu tanggungjawab penting untuk ketua keluarga mendapatkan sebuah tempat yang semampunya menyediakan mengikut pendapatan bulanan yang diperolehinya. Kalau berpangkat bos, pengarah, pengurus atau pegawai division one semestinya rumah banglow atau kondominium mewah ratusan ribu atau jutaan rm mampu di beli dan memiliki sementara mereka berpendapatan sederhana dan pegawai rendah semestinya mengukur mengikut ukuran saiz diri sendiri apatah lagi slipgaji bulanan atau penyata cukai pendapatan tahunan penentu kelayakan pinjaman perumahan boleh dimiliki dan didiami.
 
semua kerja mampu dibuat dengan pengalaman tapi faktor usia dan tenaga serta kesihatan membatasi kehendak.
kemudahan peralatan kerja besi masih boleh digunakan walau sudah menjangkau 20 tahun lebih usianya

apa saja benda atau alat yang dimiliki dan dijaga serta   disimpan dengan baik boleh bertahan lama

pisang sesikat dinaik taraf tambahan bajet.

sapa pun boleh bertukang walaupun latarbelakang sekolah agama, sekolah teknik agro tech dan industrial chemistry UITM ..

perubahan dibuat usaha sendiri  6 tahun berlalu

kerja besi, welding grild dan awning  boleh buat sendiri menjimatkan kos

awning ,grild welding dan spray painting kereta  sampingan
Penjawat awam merupakan kakitangan kerajaan ada had limit yang boleh diluluskan untuk membeli hartanah secara individu atau perkongsian bersama pasangan suami isteri yang sama bekerja. Pekerja swasta pula bergantung kepada kelayakan pinjaman di bank-bank atau syarikat pinjaman kewangan yang berbagai menawarkan kemudahan. Bagi suami yang bekerja sementara isteri tidak bekerja menjadi satu cabaran dan bebanan yang sangat berat untuk ditanggung dalam situasi yang sangat genting yang perlu ditempuh sepanjang penghidupan berkeluarga. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diurus dengan baik tidak boleh lari dari pelbagai kemungkinan menunggu dihadapan.

Tempuh yang begitu lama 25 tahun hingga 30 tahun perlu ditempuh penuh ranjau berduri yang dilalui tanpa rasa simpati pada diri peminjamnya walau ditinpa musibah ansuran bulan tetap diteruskan kecuali umur tak panjang, tinggallah hutang ditanggung oleh pihak insuran nyawa menyelesaikan hutang piutang yang pewaris memang pasti tidak mampu menanggungnya.Bukan mudah untuk memiliki sebuah rumah ,hanya mereka yang pernah menanggung bebanan hutang rumah yang beribu-ribu penuh kesabaran menghadapai dugaan hidup untuk meneruskan penghidupan keluarga. Bersyukurlah jika anda ada rumah sendiri yang dimiliki dan peliharalah dengan baik dan dijaga selalu untuk kebahagiaan rumah tangga merupakan tanggungjawab berterusan sehingga akhir hayat dan nafas terakhir.

Friday, October 28, 2011

LUTFI LAHIR ZAMAN ICT DATOK LAHIR ZAMAN SEBELUM MERDEKA 1955

Bertuah cucu atok lahir zaman serba moden dan canggeh dengan kemajuan ict yang begitu pesat membangun. Berbanding atok masih kecil sebesar Lutfi itu atok dilahirkan disebuah rumah atap nipah,nun jauh didalam kebun kelapa. Mandi di kolam yang digali berhampiran rumah, bertangga menuruni kedalam air kolam yang agak dalam. Ada banyak anak ikan keli yang nakal bermain-main dalam air ketika atok mandi berbogel dan tak pernah bersabun dalam kolam. Beberapa minit tenggelam timbul dalam air selesailah sesi mandi pagi atau petang,lepas tu bergegas naik kerumah salin baju. Nak tengok TV belum ada lagi masa itu apa lagi stesyen radio FM atau astro. Itu dah besar sikit dah boleh diberi tugas rutin harian mengisi pelita minyak tanah dan meletakkan ditengah rumah supaya agak terang sedikit dimalam yang gelab gelita dengan bising bunyi cengkerek dan sautan burung hantu disana sini.

Thursday, October 27, 2011

HOBBY IN MUSICS ANOTHER CHOICE

I in another thing, could not keep on hiding what I am so intrested with is consening musics, either listen to sound musics in radio or video odios equipments ,life music performances by group music just year 60s song only but rock musics and heavy metals ones I dont't like much . I love to play guitar and keyboard for many years already but still in the first level could not get through yet. I have to attend one special class to overcome my problems as a slowlearner in music lessons but It was to late bro remained by friends at my age. It is true comments by my wife too, it is not my time to jump into musics world at this time. Enough is enough , not too serious taking the thing on your side at this time of yours. There is another thing to carry and take keen considerations the preparations of the day after that means the coming akhirat day of ours nobody can escape from but we do not know the time stated in azali (book to record the life agrements of humanbeings) short or long life but still the correct choice to believe untill the end of our lifes.We will very regretted or frustrated if we were in the wrong way or choice. No more coming back to start new living on this world to do prayers or fastings and all the good deeds.






sorry I am already missing in my explanations about my intrests in musics so far.  Just take it as a hobby only ,not more than that until you foget everything you supposed to do in your life. I like to play guitar or  keyboard just to fill my leasure time or free time to make me relaxing and enjoying the sounds of musics to play and listen myself to creat happiness in my heart. I manage to divide my times nicely according to any piority still. My hobby still does not making any problem to friends or annoying anybody but I will give full support to those have the same intrest in music as I am. So far I did not find friends really comitted in hobby what I am having now. Enough is enough..take simple step start braking to slow down and coming to stop at last from playing musics..let it be..

Wednesday, October 19, 2011

KASIHAN RASHID MENGERANG KESAKITAN SEMALAMAN.

Memoriku sekitar tahun 1977 kalau tak silap, sekembali dari menjalani Latihan mengajar di SMV Alor Setar bersama ,pelawaanku mendapat respon baik dari kawan se MPTKL atau TTTKL,  Fauzi dan Rashid. Dah lupa mereka asal dari negeri mana tapi yang pasti dalam catatan diari buat si Rashid hasil kunjungan mereka ke kampungku Rungkup Perak membawa balik kenangan pahit bersama.Mereka tinggal di rumahku didalam kebun kelapa yang jaraknya dari jalan raya adalah lebihkurang 4x 100 meter dalam sukan tahunan sekolah. Tiada apa sangat yang istimewanya yang boleh rasa seronoknya datang kerumahku.Lantas tercetuslah satu cadangan dari mulutku apakata kalau kita pergi memancing di Jeti Bagan Datoh. Dulu masa sekolah kerap juga aku membonceng motor yamaha Kang Sahar pergi memancing di Bagan Datoh. Tempatnya atas bot ikan tepi sungai ,tempat Orang China jadi nelayan pukat tunda atau diatas jeti yang yang dimaksudkan dalam proposal asal tadi.
Sampai saja dipekan kami terus membeli peralatan memancing bagai nelayan pantai. Tali tangsi bersama gelung,timah dan mata kail siap untuk dirasmikan hari itu juga ,umpannya anak udang kertas yang dibeli dimarket Bagan Datoh.Di pendekkan cerita kami pun mula memancing dengan gairahnya untuk mendapatkan hasil yang seberapa banyak hari itu.Pancing punya pancing, satu jam dua jam seekor pun tak dapat dari tiga orang pemancing tak  sekali pun umpan dimakan ikan. Semuanya menyepi tiada bahan cerita atau gurau senda yang hendak diutarakan. Tiba-tiba kami dikejutkan oleh suara Rashid yang kuat melaung kami untuk sama-sama meraikan hasil tangkapan yang sulong pasti sudah dalam tangan. Ikan masih di air meronta-ronta cubbba mahu melepas diri dari manusia yang di darat. Apa yang penting masa itu, kerjasama hingga ikan dapat mendarat di atas jeti dalam keadaan yang sangat agresif sekali. Dalam kekalutan yang amat sangat untuk melepaskan mata kail dari mulut ikan tersebut ,dengan tak diduga ikan malang itu terlepas dari genggaman Rashid dan jatuh menimpa kaki Rashid. Aduhhh sakitnya, bisanya, seekor ikan sembilang sebesar sais tangan cucu aku setahun umurnya. Tidaklah besar sangat,kalau buat kari pun berebut, tak cukup tapii bisanya bukan kepalang sakitnya, Tuhan saja yang tahu.Pancing kemana ,ikan kemana kami tak ingat yang utama Rashid perlu diselamatkan segera dan dibawa keklinik Kesihatan berhampiran terus menerima injection dan ubat untuk melawan bisa ikan sembilang.
Kegembiran bertukar kesedihan kerana kawan menderita kesakitan,terlantar mengerang semalaman. Cepatnya masa berjalan, dari petang menjadi malam kemudian tengah malam aku masih tidak boleh tidur, berbagai ikhtiar ku lakukan termasuk membaca surah yasin dan berdoa sepanjang malam supaya sakit Rashid reda dan boleh tidur tapi macam tak ada perubahan masih kesaktan yang amat sangat. Lantas aku nekad mengayuh basikal tua ku kerumah bomoh Lek Hassim Bomoh di Sungai Lancang jarak 1 batu sebelum metrik. Aku ajak bomoh kerumahku untuk mendapat bantuan rawatan cara tradisional, guna serapah jampi kemenyan. Kata pendeknya sebagai komennya terhadap musibah itu adalah disebabkan Fauzi dan Rashid pendatang dari luar secara brutal memancing dijeti itu tampa meminta izin dahulu. Kononnya penunggu disitu tak kenal mereka.






Selesai ikhtiarku itu dengan izin Allah kami semua tertidur lena termasuk Rashid dan pagi esoknya Rashid sudah mula tersenyum dan boleh berbual macam biasa. Alhamdulillah aku bersyukur,kawanku telah sembuh dan boleh berjalan dan baliklah mereka ke kampung halaman masing-masing hinggalah kehari ini tiada khabar berita dari kawan-kawanku itu.

Friday, October 7, 2011

BUKANNYA SENANG NAK SENANG

Walaupun kita ibarat singgah sebentar di perhentian buat seketika yang kita sendiri tidak tahu berapa lama dijanjikan. Kesempatan yang ada itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin penuh manafaat mengumpulkan bekalan  sebanyak mungkin yang mampu dengan keupayaan masing-masing. Kita diberi peluang merencana dan membuat pilihan sendiri iaitu mempelolehi kesenangan dunia dan akhirat atau kesenangan didunia semata dan akhirat belakang kira penuh derita dan sengsara yang tak pasti lagi pada anggapan fikiran manusia yang penuh hawa nafsu.Kita tidak boleh berserah pada nasib semata. Rezki memang kurniaan Ilahi, ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Memadaikah kita sekadar menadah tangan dan membuka mulut untuk mendapat suapan. Semuanya perlu usaha. Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jikalau tiada usaha mereka mengubahnya sendiri. Begitujuga kalau rezki secupak tidak akan menjadi segantang kalau tiada usaha menambahnya tak akan berubah.
Sejak dari usia muda lagi ,seusia 10 tahun sudah mula membanting tulang dengan kerja-kerja menebas kebun kelapa menggunakan parang panjang bersaiz kecil tapi mampu mencantas rumput-rumput panjang hingga keparas pusat. Mengumpulkan kelapa yang dikait bertaburan,dikira berapa jumlahnya,dilonggokkan setempat untuk memudahkan tukang kopek kelapa dengan kerjanya,membantu bapa seorang pengait kelapa pada masa itu. Duit ringgit ,sekadar siling 50sen mencukupi buat belanja sekolah,itupun sudah dikira lumayan sangat.














Kita melihat kawan-kawan kita hidup senang dan mewah padahal mereka itu sama macam kita juga punya sifat kurniaan Ilahi yang tiada beza. Cuba kita tanya macam mana mereka memperolehi segalanya itu, sedangkan kita Tuhan tak bagi kelebihan rezki macam mereka. Mungkin mereka rajin belajar dan bersungguh-sungguh hingga berjaya keperingkat yang paling tinggi , belajar diuniversiti ,diluarnegeri hingga ada degree, master dan doktor maka layaklah mereka menjawat jawatan tertinggi dan boleh menjadi menteri. Sedangkan kita berbasikal dan motorsikal kerana dulu kita lalai dan malas kesekolah dan suka ponteng dan tidak memberi perhatian pada pelajaran,itulah selayaknya kita hari ini. Begitujuga kawan-kawan kita yang kaya hidup mewah berkereta besar mereka pun berusaha menjadi pengusaha, peniaga dan apa saja cara yang bolehmendatangkan sumber rezki yang melempah ruah, bukan hanya berserah pada nasib atau takdir yang menentukan. Semuanya perlu berusaha disamping berserah kepada Ilahi yang menentukan, hidup mati dan rezki kita didunia ini. Bukanya senang bermakna perlu usaha dan pengorbanan segi masa, tenaga juga wang ringgit untuk memperolehi kesenangan . Bila segalanya telah dilakukan barulah kita memperolehi kesenangan untuk didunia yang sementara sebelum kita meneruskan perjalanan kedunia lebih kekal diakhirat insyaallah. Bukan senang nak senang didunia dan akhirat.

Tuesday, September 27, 2011

HIDUP BUJANG DI KAMPUNG PINANG TAIPING

diatas tangga rumah aruah pak cik Rahman dan isteri. di Repuh Kangar Perlis 1976 semasa Latihan Mengajar di SMV Kangar bersama Salmah, JunaidiChe Ngah, Yunus Yusak dan aruah Khalid Ramli

May 1988 di Stesyen Komuter Perth Western Australia balik dari kelas di Perth Technical College. Look East Programme KPM.

Staff SMV Taiping 1978 bersama Pengetua Encik Shaharudin. kawan yang telah meninggal dunia, Pn.Maznah,En. Ghani Yolhamid ..

merayau dengan budak-budak kg Pinang di dusun Tanjung Belanja Parit Perak 1979

Budak-budak Kg Pinang Kamal ,Zainal ,Azmi Nin, Azmi Ahmad dan YunusYusak group ambil STP 1978,1979,1980.

Rumah sewa di Jalan Tembuk ,Kg Pinang Kamunting Taiping 1978, basikal ku yang berjasa kesana kemari..

Azmi Nin,Azmi Ahmad Azidin RISDA, ?  dan Zainal Md Desa 1978.

berkubang di air terjun Kg Jana sebelum memetik daun salang untuk masak lemak cili api.
Aku menempuh alam penghidupan, seorang bujang terang tang tang, di perantauan jauh dari emak bapak. Mungkin aku seorang seniman ,jika dilihat dari sudut minat ku terhadap bidang seni. Aku meminati seni lukis, seni muzik dan seni foto. Aku tidak berpeluang mendalami minat ku itu keperingkat lebih tinggi atau minat mendalam. Aku tewas dengan kemampuan yang ada dengan keinginan yang membara. Aku ketepikan dahulu apa saja minatku cuma sekadar angan-angan kosong yang belum pasti tercapai atau tidak suatu masa nanti. Aku bukan dari keluarga yang senang mudah mendapat apa saja yang ku hajati. Jauh sekali untuk meminta. Ku simpan di sudut hati ,suatu hari nanti aku akan dapat juga. Tidak berani juga mendedahkan rahsia dihati kepada sesiapa apa yang ku minati secara terbuka. Mungkin dulu aku dapat pendorong atau penyokong kuat ,sudah pasti aku menjadi pelukis terkenal, pemain muzik profesional atau juru foto tersohor. Cukuplah sekadar aku boleh melukis, aku boleh bermain muzik sedikit dan mengambil gambar sesuka hati tanpa batasan minat.Seorang yang berjiwa seni mungkin tidak suka kebisingan . Suka hidup bersendirian jauh dari kesibukan. Usaha untuk mendapatkan sebuah rumah untuk didiami yang tidak berapa jauh dari sekolah ku mengajar ,iaitu SMV Kamunting,Taiping akhirnya tercapai. Sebuah rumah satu bilik, berkembar dengan tuan punya rumah di Jalan Tembuk, Kampung Pinang. Sewanya rm50 termasuk api air dibayar oleh pemiliknya. Sesuailah dengan aku sebagai seorang guru sandaran T2 yang gaji pokok masa itu RM370 selepas tamat Latihan Perguruan tiga tahun di TTTKL 1975/1977 kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara. Cukuplah sekadar menempuh hari-hari terdekat mampu memenuhi keperluan hidup bujang di perantauan. Tinggallah aku buat beberapa lama dirumah kampung yang penuh sederhana beralaskan tikar dan aku berbasikal kesekolah sebagai seorang guru masa itu,sesuai dengan keadaan ekonomi masa itu. Hidup bujang ku tidak kesunyian setelah beberapa ketika bermula pertemuan berjemaah bersama di Surau Kampung Pinang dengan budak-budak bujang kampung. Hari demi hari kemesraan terjalin jadilah kami sahabat baik yang tiap tahun tidak jemu jemu menduduki peperiksaan STP. Selama tiga tahun aku cuba menebus kegagalan silamku bersama budak bujang Kampung Pinang merupakan tahun terakhir bujangku, akhirnya aku berjaya memperolehi Sijil Penuh STP dan tahun 1980 aku layak bertukar kategori yang baru C1.Tahun bertuah bagi aku , setelah habis peperiksaan STP (Sijil Tunggu Perkahwinan) aku pun mendirikan rumahtangga dan tamatlah zaman bujangku di Kampung Pinang.Isteriku seorang surirumah tangga sepenuh masa. Selama lapan tahun merantau di Taiping sehingga mendapat dua orang cahaya mata aku bertukar ke SMV Klang meneruskan penghidupan secara sederhana. Pada tahun 1988 aku telah ditawarkan tempat di UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur mengikuti Ijazah Teknologi Pendidikan Tahun 2 tetapi aku tidak dapat mendaftar masuk. Kebetulan aku sudah berada di bumi Australia Barat mengikuti kursus Advanced Refrigeration & Air Conditioning di Perth Technical College bersama Curtin Univ. Tinggal begitu sajalah tawaran baik yang diterima kerana aku telah menandatangani kontrak 2 tahun dan tawaran ku itu pula tidak dapat ditangguhkan. Sekem baliku dari Western Australia sempat aku bertemu sahabat baik sebengkel dan jiran sebelah rumah yang baru dibelinya, terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saudara Khalid Ramli meninggal dunia pada 25 disember 1988 dan dikebumikan di Kampung Biak,Kampung Gajah Perak.